Sunday 22 September 2013

Lawatan dan Penyampaian Sumbangan ke Rumah Al Ikhwan, Keramat

Surau As-Syifa' Hospital PUSRAWI dengan kerjasama BKKP PUSRAWI telah mengadakan lawatan ke Rumah Al Ikhwan pada 22 September 2013 , jam 12.00 tengahari. Pada kunjungan kali ini , pihak surau dan BKKP telah menyampaikan sumbangan dalam bentuk tunai dan barangan keperluan harian kepada Pengasas Al Ikhwan iaitu Ustaz Dato' Yazid bin Jaafar. Sumbangan diserahkan oleh Timbalan Pengerusi Surau , En Musa bin Hussien. Terima kasih juga kepada penyumbangan peribadi dan semua AJK surau dan BKKP yang sudi hadir sama dalam lawatan ini.