Pihak AJK Surau As-Syifa' telah mengadakan Lawatan Kebajikan ke rumah Pn Norsiah di 41-12-05 PPR Gombak Setia, Kuala Lumpur pada 27 Ogos 2013. Kunjungan ini bertujuan bertanya khabar mengenai anak beliau yang kurang bernasib baik dan menyampaikan sumbangan dari pihak surau. Seramai 5 orang wakil surau dalam kunjungan ini iaitu En Musa, En Hamdan, En Sanusi, Pn Norlaila dan Pn Hidayati. Semoga Pn Norsiah dan keluarga tabah menghadapi dugaan dari Allah s.w.t.