Tuesday 19 June 2012

Bengkel Pemantapan Ibadah Solat

Sempena Majlis Sambutan Israk dan Mikraj 1433 H,  Surau As-Syifa PUSRAWI telah menganjurkan  BENGKEL PEMANTAPAN IBADAH SOLAT pada 16 JUN 2012 (Sabtu) bermula jam 2.00 petang sehingga 10.00 malam. diantara diskusi yang telah dijalankan adalah :

1. Remeh Temeh Tentang Solat oleh Ustaz Nidzam bin Abd Kadir , Pensyarah UIA
2. Sirah Pensyariatan Ibadah Solat oleh Ustaz Haji Abu Bakar bin Haji Abdul Aziz , Pendakwah Bebas.
3. Jenayah Dalam Solat oleh Ustaz Husni Abdul Rahman, Eksekutif PPZ.

Bengkel ini telah berjaya menarik seramai kira-kira 100 orang peserta.

Pada 17 Jun 2012 telah diadakan Qiamullail bermula jam 4.00 pagi yang dipimpin oleh Ustaz Khusairi Hamthan dan diikuti dengan kuliah subuh juga disampaikan oleh beliau.

Pendaftaran peserta bermula jam 2.00 petang.
Para peserta di bekalkan dengan fail beserta nota bengkel. Kuih dan air untuk minum petang juga disediakan.
 Para peserta sedang menunggu kehadiran penceramah bagi sessi pertama.

Kehadiran penceramah pertama Ustaz Nidzam bin Abdul Kadir, Pensyarah UIA disambut oleh AJK Surau As-Syifa', En Sulaiman dan En Musa

 Ceramah yang disampaikan oleh ustaz.

 Peserta muslimat yang menyertai bengkel.
Ustaz Nidzam sedang menyampaikan ceramah beliau.
Bergambar bersama penceramah.